Kenali Herba





Nama Saintifik

Ficus deltoidea

Family

Moraceae

Nama Tempatan

Mas cotek, secotek emas, telinga beruk, serapat angin

Keterangan

Ficus deltoidea boleh membesar sehingga 2m tinggi. Daun berbentuk deltoid beserta tulang daun bercabang tersendiri. Bentuk daun berbeza setiap varieti, terdapat daun yang berbentuk bulat dan sesetengah daun berbentuk bujur telur. (Medicinal Herbs & Plant Database 2010–2015).

Kegunaan

Mas cotek merupakan tumbuhan herba yang terkenal dalam kalangan pengamal perubatan. Tanaman ini digunakan untuk menyembuhkan penyakit seperti luka, sakit sendi, tonik selepas bersalin dan ubat antidiabetik (Musa & Lip 2005). Air rebusan mas cotek digunakan terutamanya oleh wanita sebagai rawatan selepas bersalin (Burkill & Haniff 1930, Fasihuddin & Din 2002).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)